Sunday, April 12, 2015

Tanda-tanda mengandung

Selamat Malam...

Lama sebenarnya nak share, tapi tak menyempat je. ;). Dulu sebelum pregnant, puasla mengugel tanda-tanda hamil ni. Macam-macam blog baca, sampai terbuai-buai emosi tak terkata. Sapa yang nak anak, mesti faham perasaanni. Sekarang saya pula nak kongsi. Tapi kena ingat, tanda-tanda ni bukan sama pada semua orang tau, jadi kalau takda yang sama jangan pening-pening ok ;). Pening pregnant takpaaaaa...hihi.

Teringat mak kami  kata,
Orang kalau mengandung, mesti ada  rasa lain. Akan berasa sesuatu yang lain pada badan sendiri, ada perubahan yang jadi. Tak banyakpun, mesti ada rasa sikit. Kami tak faham. Tapi, satu masa Allah bagi peluang nak merasa pengalaman terindah itu, dan akhirnya saya faham. Betullah kata mak..

Tanda-tanda awal mengandung 

1) Perut berangin / SEBU.
~ Ada orang tak tau perut sebu tu camana. Hiii, tapi kalau kata perut berangin faham kot kan. Sebenarnya inilah petanda pertama kami pregnant. Tak tahu kenapa, perut  rasa  tak sedap ja. Sebu, berangin. Bagitau kat mak, mak pun risauuuu. Masa tu tak fikir langsung pasal kami pregant. Berhari-hari jugaklah perut kami macamni. 

2) Perut sentiasa lapar.
~ Kami kalau balik kampung memang sentiasa berselera ja, hihi. Hadapkanlah apa-apa makanan, apatah lagi mak kami yang masak, mesti berselara je. Kebetulan kami balik kampung, perut kami sentiasa lapar ja. Bayangkanlah, baru lepas makan, p dapur cari makanan lagi.  Hmmm, memang tak boleh lupa cerita tu,  tengah malam pun lapar, pg dapur cari nasi. Hahaha. Kami rasa, benda  ni spontan ja jadi,  bukan dibuat-buat, bila masa nak makan, mesti nak. Tak boleh tahan-tahan. Dia punya  lapar tu, aduhaiiiii.. Bila kami balik Utara pun sama, nak makan ja.  Kalau takda makanan mesti nak marah. Dan mangsanya adalah suami. Hihihi.

3) Rasa loya / Mual / Pening
~ Kejadian naik dalam bus, nak balik kg, biasalah macam-macam orang dan macm-macam bau. Ada satu puakni, sangat-sangat buat kami stresssssss. Huhu, rasa nak nangis pun ada sepanjang dok dalam bus. Kami duk tutup hidung ja nak muntah, pening kepala  dengan bau-bauan yang ada. Pendek kata tak boleh  control tensi dengan kejadian tu. Huhu. Itulah kejadian pertama pening-pening.
~ Mak kami balik dari Umrah bawakan buah zuriat. Try minum, rasa mual yang amat, nak muntah tak boleh minum. Kami terus kata, ohhhhhh mual payaunya. Rupanya, bukan sebab air tu tak sedap, kami yang dah mabuk mengandung rupanya...

4) Period lewat.
~Lepas dah alami kejadian macam-macam kejadian tu, barulah kami perasan, periodpun tak kunjung-kunjung tiba. Jauh  sudut hati kami, rasa jugak. Mengandungkah saya??? Tapi malas nak mengiakan, tak nak memberikan harapan pada diri sendiri.

5) UPT POSITIF
~ Lepas kami kawin, kami bersedia dah nak mengandung. Tapi sebenarnya, Allah lebih tahu, Allah sebaik-baik perancang. Allah tak nak bagi lagi. Setahun lebih kami menanti, dan mengadap UPT Negatif sampai kami jadi fobia. Nak beli UPT pon takut sudah. Huhu. Satu hari kami beli jugak UPT, dah bersedia dengan jawapan. Sampai nak tengok result pon kami pejam mata...
~ Akhirnya......bila buka mata. UPT kami positif....Bayangkanlah perasaan kami, macam mimpi macam diawang-awangan..Mimpi ke aku??? Tak terkata, tak boleh nak luahkan. Syukur, syukur. Alhamdulillah. Saya mengandung !!!!!

Dan selepas  itu, bermulalah episod "macam-macam  ragam mengandung sehingga 3 bulan". 

Bila ingat balik, indahnya pengalaman dari awal mengandung sehinggalah melahirkan anak. Sungguh indah. Sekarang, Anugerah terindah  kami dah 2y++,  sungguh rindu nak rasa detik-detik  indah itu.

Selalu kami disoal,
Bila lagi nak tambah? Bila lagi ?

Hihi, macam-macam jawapan nak bagi. Tak apalah, saya yakin rezeki dari Allah.

Dan kawan-kawan, bersabarlah  menanti "Anugerah terindah". Yakinlah, Allah sebik-baik perancang.  Jangan pernah kecewa atau berputus asa  menanti Zuriat.....

Jumpa  lagi.









 


Sunday, April 20, 2014

Beli baju baby besar-besar. Untuk Jimat & tahan lama..??

Salam Malam.

Singgah sini.  Banyak cerita  nak kongsi. Tapi, tak menyempat nak  mengadap  blog kesayangan ni. Hero sudah semakin membesar, banyak keletah, dan ragam.

Dulukan, masa  pregnantkan Baby Muhammad Irfan Rizqi, awal-awal dah plan, kalau beli baju baby, nak beli baju besaq-besaq. Takmo beli newborn.  Biar tahan lama. Biar  pakai  lama. Jimat lagi ya..!

Bila baby lahir,
Si comel saya pakai baju besaq. Boleh dikatakan, semua bajunya besaq-besaq. Alahai, gelobos tengok gayanya. Kesiannya. Lepastu, terus suruh abi dia p cari baju tecik! Ada  hamper orang kasi tu kan, mana yang  newborn, terus buka dan cuci. Pakai! Hihi.

Ada sekali tu, masa  pregnant, kami p JPO. Ada sale baju MIKI kalau tak silap. Bayangkan la, teruja  sangat nak GRAB baju MIKI tu, sampai tak ingat itu untuk umur 2Y kalau tak silap. Hihi.
Sekarang anak saya  dah setahun, sampai  la ni tak boleh pakai lagi baju  tu. Dan lagi haaruuuuuuuuuu bila baju tu  dah berkerak. Padahal dah  cuci elok.

Haaaaaa! tu dia....

OKlah, untuk saya lepasni nak tukaq  la setting ni, beli  baju anak takmo kecik sangat, dan takmo besaqqqqqqqqqqqqqqqqq sangat. Biar berpada. Kalau tengok balik baju-baju Irfan yang ada, sampai sekarang saiz 3 bulan, dia masih boleh pakai..:). Boleh dikatakan semua baju Irfan, puas  pakai. Takda pun yang pakai  sekejap.

Macamtu jugak kalau kita  nak hadiahkan baju pada orang, berpada-pada. Mudahan tak jadi macam saya. Andai baju jadi #berkerak, kesiankan... ;)



Oh ya, dah kebetulan cerita pasai baju, saya ada jual kabinet comel untuk anak-anak ni. Kuality terbaik  dan terjamin. Kepada yang berminat  boleh PM / whatsapp 014 2907485 ;). Terima Kasih ;)


Thursday, January 30, 2014

Salam Rindu...

Selamat Malam...

Sekian lama....tak update blog ni. Last bulan 10???? Uwaaa....

Itulah...ada urusan lain yang perlu diutamakan...disegerakan...
Alhamdulillah, Anugerah Terindah saya, Muhammad Irfan  Rizqi sudah genap setahun. Dulu, blog inilah tempat saya meluahkan segala kegusaran ketika mengandungkannya....:). pahit manisnya ada disini...;)

Alhamdulillah....
Alhamdulillah,
Alhamdulillah....

Seronok,  bahagia....
Anak yang dikandung 9 bulan didepan mata semakin sihat, & meceriakan hari-hari kami. Syukur Ya Allah..

Semakin membesar, semakin mendebarkan...
Semoga kami dapat mendidik Amanah  & Anugerah ini....Insyaallah...

----------------------------------------------

Kawan-kawan sekeliling ramai juga tunggu masa nak bersalin, hati ni pon berkobar-kobar nak baby lagi. Hihi... ;)

Tapi...
disudut hati, yakin dan percaya, Allah akan beri pada masa  yang terbaik untuk kita..

Jumpa lagi...

Buah hati Ummi,
13 Bulan...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...